Thursday, 24 November 2016

RESEPI-RESEPI KETIKA BERPANTANG DAN 8 RESEPI MINUMAN

Tags

Alhamdulillah akhirnya terkumpul juga 40 resepi makanan ketika berpantang.Ada juga 8 resepi minuman yang sesuai untuk ibu-ibu selepas bersalin amalkan.Semoga memberi manfaat dan membantu ibu-ibu menjalani sesi berpantang dengan lebih berselera.Selamat mencuba!
RESEPI BERPANTANG 1 : SUP LOBAK PUTIH 

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor rangka ayam
1 batang lobak putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Hiris bawang merah ,bawang putih dan halia. 
2. Tumis dalam minyak yang sedikit.
3. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
4. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris 

bulat.
6. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
7. Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Info
Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu.

RESEPI BERPANTANG 2 : DAGING LADA HITAM 

BAHAN-BAHAN
250gm daging lembu (Dihiris nipis)
1 biji bawang besar (Dihiris)
5 biji bawang putih (Dicincang halus)
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan minyak jagung.
2) Gorengkan daging hingga agak garing dan angkat.
3) Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
4) Kemudian masukkan daging,lada hitam,kicap dan garam.
5) Kacau rata sebelum diangkat.

Info
Daging lembu mempunyai lemak tepu yang tinggi.Walau bagaimanapun,ia mengandungi kolestrol yang rendah.Pengambilannya akan membekalkan tenaga.

RESEPI BERPANTANG 3 : DAGING GORENG KUNYIT

BAHAN-BAHAN
250gm daging lembu (Dihiris nipis)
1 biji bawang besar (Dipotong bulat) 
1 inci kunyit (Ditumbuk halus)
2 sudu besar minyak jagung
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak

BAHAN DIPOTONG SERONG
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau

CARA PENYEDIAAN
1) Perap daging bersama kunyit dan garam selama 20 minit.
2) Masukkan daging dalam kuali bersama sedikit minyak dan air.
3) Rebus daging hingga empuk.
4) Masukkan bawang besar,cili merah dan cili hijau.
5) Kacau sekata sebelum diangkat.

Info
Selain serat yang tinggi pada daging lembu,ia juga membekalkan pelbagai mineral penting untuk tubuh.

RESEPI BERPANTANG 4 : SINGGANG DAGING ALA KELANTAN

BAHAN-BAHAN
1 liter air
1 biji bawang besar (Dipotong bulat)
2 ulas bawang putih (Dihiris halus)
1/2 sudu besar ketumbar (Ditumbuk kasar) 
2 tangkai cili kering (Dipotong 3)
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN DIHIRIS KASAR
200 daging
20gm halia
20gm lengkuas

CARA PENYEDIAAN
1) Rebus daging bersama halia,lengkuas,bawang putih,ketumbar,cili kering dan asam keping hingga empuk.
2) Kemudian,masukkan bawang besar,garam dan gula.
3) Didihkan seketika sebelum diangkat.

Info
Asam keping dapat mengembalikan tubuh langsing selepas bersalin.Ia sangat berkesan untuk mengempiskan perut yang buncit.

RESEPI BERPANTANG 5 : HATI MASAK BEREMPAH

BAHAN-BAHAN
300gm hati lembu (Dihiris)
1 sudu besar serbuk rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak

BAHAN DIKISAR
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
20gm halia
10gm lengkuas

CARA PENYEDIAAN
1) Gaulkan hati lembu dengan bahan kisar,garam dan serbuk rempah yang lain sehingga rata.
2) Perapkan semalaman.
3) Masukkan hati lembu yang telah diperap ke dalam kuali bersama sedikit minyak dan air.
4) Masak sehingga hati lembu empuk.

Info
Hati lembu membantu dalam pembentukan sel darah merah.Ia mempunyai nilai gizi yang tinggi.

RESEPI BERPANTANG 6 : AYAM PANGGANG SELERA PANTANG

BAHAN-BAHAN
500gm ayam
1/2 cawan air
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil jintan manis
1 1/2 sudu kecil jintan putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHAN DIKISAR
20gm halia
10gm kunyit hidup
10gm lengkuas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.
2) Panggang sehingga masak. 
3) Panaskan sedikit minyak.
4) Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.
5) Masukkan serai,jintan manis,jintan putih,air asam jawa dan garam.
6) Tambah air dan biarkan mendidih.Curahkan ke atas ayam tadi.

Info
Resepi ini membantu memecahkan angin dalam badan dan meningkatkan selera makan.

RESEPI BERPANTANG 7 : AYAM MASAK BIJAN

BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam
2 ketul daging ayam
1-2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar minyak bijan
Bijan goreng secukupnya
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN DIHIRIS
30gm halia tua dihiris

CARA PENYEDIAAN
1) Masuk kesemua bahan kecuali daun pegaga di dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
2) Perlahankan api dan biar kuah pekat.
3) Masukkan daun pegaga sebelum diangkat.

Info
Kunyit dibuat minuman sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.Ia juga mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

RESEPI BERPANTANG 8 : AYAM KUKUS CENDAWAN HITAM

BAHAN-BAHAN
2 ketul dada ayam
3 keping cendawan hitam (direndam dan dipotong nipis)
1/2 sudu besar cuka
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK A
20gm halia 
4 ulas bawang putih

BAHAN-BAHAN DITUMBUK B
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

CARA PENYEDIAAN
1) Lumurkan ayam dengan halia,bawang putih dan garam.
2) Perap selama 30 minit.
3) Kukus ayam sehingga masak.
4) Tuangkan cuka,masukkan cendawan hitam dan bahan tumbuk B.
5) Kukus lagi selama 5 minit.

RESEPI BERPANTANG 9 : AYAM MASAK KERING 

BAHAN-BAHAN
200 ml air
2 ketul daging ayam
5 helai daun pegaga
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIHIRIS
30gm halia 
3 biji bawang merah

CARA PENYEDIAAN
1) Masuk kesemua bahan kecuali daun pegaga di dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
2) Perlahankan api dan biar kuah pekat.
3) Masukkan daun pegaga sebelum diangkat.

Info
Kunyit dibuat minuman sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.Ia juga mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

RESEPI BERPANTANG 10 : PAIS IKAN TENGGIRI 

BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
3 biji bawang merah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil asam jawa (campurkan 3 sudu besar air)
3 helai daun pisang (dilayur)
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
3 biji bawang merah
1 biji cili merah
1 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Satukan bahan-bahan yang ditumbuk dengan air asam jawa,serbuk kunyit dan garam.
2) Lumurkan pada ikan hingga rata.
3) Perapkan selama 30 minit.
4) Bungkus ikan dengan daun pisang.
5) Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celcius sehingga masak.


Info
Resepi ini membekalkan protein untuk tenaga,berupaya untuk mencantikkan kulit dan meningkatkan suhu badan.

RESEPI BERPANTANG 11 : IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
1 sudu besar minyak bijan
1-2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHAN DIHIRIS DAN DIGORENG
30gm halia
3 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
2) Biarkan selama 20 minit.
3) Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing dan ketepikan.
4) Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali.
5) Tuangkan kicap dan masak seketika.
6) Curahkan ke atas ikan.
7) Taburkan halia,bawang putih dan minyak bijan ke atas ikan.

Info
Minyak bijan memberikan aroma yang menarik selain membantu pertumbuhan dan menghitamkan rambut.

RESEPI BERPANTANG 12 : IKAN MASAK PINDANG

BAHAN-BAHAN
2 keping ikan merah
1-2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
10gm kunyit
10-15 biji lada hitam

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
2 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Masukkan kesemua bahan kecuali ikan ke dalam periuk.
2) Didihkan di atas api perlahan.
3) Masukkan ikan dan didihkan lagi hingga masak.

Info
Lebih banyak halia dan bawang putih,lagi bagus untuk pembuangan angin.Kurangkan lada hitam sekiranya menyusukan bayi.

RESEPI BERPANTANG 13 : IKAN HARUAN GORENG REMPAH

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan haruan (dipotong)
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN-BAHAN YANG DITUMBUK
30gm halia
2 biji bawang besar

CARA PENYEDIAAN
1) Gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam.
2) Perap selama 15 minit.
3) Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4) Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk.
5) Masukkan sos lada hitam,rempah ikan dan garam.
6) Kacau sekata dan curahkan ke atas ikan.

Info
Ibu-ibu yang berpantang digalakkan makan nasi ketika panas dan minuman yang sesuai iaitu air akar kayu.Tidak digalakkan minum air terlalu banyak.

RESEPI BERPANTANG 14 : IKAN PANGGANG HALIA MUDA

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
2 ketul ikan tenggiri
1 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN B (DIHIRIS)
30gm halia muda
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

CARAPENYEDIAAN
1) Lumurkan bahan A pada ikan.
2) Perapkan selama 30 minit.
3) Panggang ikan hingga masak.
4) Panaskan sedikit minyak.
5) Tumis bahan B hingga naik bau.
6) Angkat dan taburkan di atas ikan panggang.

Info
Halia salah satu herba tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman,baik untuk hati,menguatkan tenaga batin,menambahkan air mani,membuang angin,menghilangkan bau mulut,memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.

RESEPI BERPANTANG 15 : IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN
500ml air
3 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
3 biji bawang merah

CARA PENYEDIAAN
1) Didihkan kesemua bahan di atas api perlahan.
2) Masak sehingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
3) Kacau rata sebelum dihidangkan.

Info
Resepi ini membekalkan protein dan melawaskan pembuangan air kecil.

RESEPI BERPANTANG 16 : IKAN TENGGIRI BAKAR

BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
30gm halia
3 biji bawang merah

CARA PENYEDIAAN
1) Perapkan ikan tenggiri bersama garam dan serbuk kunyit terlebih dahulu.
2) Bakar ikan tenggiri hingga masak sepenuhnya.
3) Satukan air asam jawa bersama halia,bawang merah,serbuk lada hitam,garam dan gula.
4) Hidangkan bersama ikan.

Info
Ikan tenggiri membekalkan selenium pada tubuh.Ia mengelakkan tubuh dihidapi kanser dan penyakit jantung.

RESEPI BERPANTANG 17 : SUP LOBAK CAMPUR

BAHAN-BAHAN
500ml air
1/2 batang lobak putih
Sedikit lobak merah
Sedikit daun kucai

BAHAN-BAHAN DITUMBUK
1 biji bawang besar 
1 ulas bawang putih
1 inci halia
Segenggam ikan bilis
1 sudu kecil lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1) Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan air dan lobak putih dan rebus hingga empuk.
3) Masukkan lobak merah,daun kucai dan garam.
4) Biarkan seketika sebelum diangkat.

RESEPI BERPANTANG 18 : SUP KURMA MERAH

BAHAN-BAHAN
500ml air
100gm dada ayam (dipotong kiub)
50gm ikan bilis
20gm kacang hitam
20gm kurma merah
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIHIRIS HALUS
10gm halia
10gm bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan air dan masukkan bahan-bahan yang dihiris halus.
2) Rebus kesemua bahan hingga mendidih.
3) Tunggu sehingga ayam empuk sebelum dihidangkan.

Info
Resepi ini masakan orang cina.Gabungan kacang hitam dan kurma merah membekalkan mineral untuk memperbaiki struktur kulit daripada luka dan parut.Baik untuk buah pinggang dan sistem paru-paru.

RESEPI BERPANTANG 19 : SUP AYAM BETIK MUDA

BAHAN-BAHAN
500gm ayam (dipotong kecil)
200gm betik muda (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
2 sudu besar jus limau
2 helai daun selasih
Garam secukup rasa

BAHAN A
800ml air
2 biji cili padi (diketuk)
1 helai daun limau purut

BAHAN-BAHAN DIHIRIS HALUS
20gm lengkuas
20gm halia
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Masukkan bahan A dan bahan-bahan yang dihiris halus ke dalam periuk.
2) Rebus sehingga mendidih.
3) Masukkan ayam,jus limau,daun selasih,betik muda dan garam.Didihkan sehingga ayam empuk.
4) Masukkan tomato.
5) Biarkan mendidih selama 10 minit lagi.

Info
Betik muda dapat membantu menambahkan susu.

RESEPI BERPANTANG 20 : SUP SAYUR CAMPUR

BAHAN-BAHAN
500ml air
Minyak masak
Serbuk pati ikan bilis secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN DIPOTONG
200gm brokoli
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
1/2 batang saderi
3 helai daun kubis

BAHAN-BAHAN TUMBUK
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil rempah biji
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan putih

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk.
2) Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
3) Masukkan serbuk pati ikan bilis dan air.
4) Apabila mendidih,masukkan sayur-sayuran.
5) Bila sayur empuk,masukkan garam.
6) Kacau rata sebelum diangkat.

Info
Brokoli mengandungi beta karoten dan vitamin lain yang dapat melindungi tubuh daripada serangan kanser.

RESEPI BERPANTANG 21 : SUP IKAN HARUAN

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan haruan (dipotong)
500ml air
2 sudu besar minyak jagung
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK DITUMBUK
30gm halia
3 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 sudu besar lada hitam

BAHAN HIASAN
Bawang goreng
Daun bawang
Daun sup

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan minyak di dalam periuk.
2) Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.Masukkan air.
3) Apabila mendidih,masukkan asam keping,ikan dan garam.
4) Masak lagi hingga mendidih.
5) Taburkan bawang goreng,daun bawang dan daun sup.
6) Kacau rata sebelum diangkat.

Info
Ikan haruan membekalkan protein dan albumin yang tinggi.Membantu penyembuhan luka dengan cepat.

RESEPI BERPANTANG 22 : IKAN TENGGIRI MASAK AIR

BAHAN-BAHAN
2 ketul ikan tenggiri
400ml air
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS
20gm halia
5 helai daun pegaga
3 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN
1) Satukan kesemua bahan kecuali daun pegaga.
2) Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3) Masukkan daun pegaga dan sesuaikan rasanya.

Info
Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan semata-mata.Ia berkhasiat untuk kesihatan jika diamalkan setiap hari.Ia mampu mengembalikan tenaga,membuang angin dan melancarkan peredaran darah selain merawat luka-luka dalam badan.

RESEPI BERPANTANG 23 : DAGING GORENG LADA HITAM

BAHAN-BAHAN
Setengah kilo daging batang pinang 
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
Lada hitam secukup rasa
2 sudu besar sos cili atau cili mesin
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
Sedikit air
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Perapkan daging bersama halia,bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. 
2. Kemudian gaulkan dengan bahan sos terlibat.
3. Panaskan minyak,masukkan daging bersama bahan perap dan sedikit air.
4. Biarkan mendidih sehingga daging masak.
5. Boleh ditambah dengan garam dan hirisan bawang besar.

RESEPI BERPANTANG 24 : AYAM MASAK KERING PEGAGA

BAHAN-BAHAN
1/4 bahagian ayam
3 ulas bawang putih (diketuk)
2 inci halia (dimayang halus)
5-7 daun pegaga 
200ml air
Sedikit minyak masak untuk menumis 
Setengah sudu teh serbuk kunyit 
Setengah sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Bersihkan ayam.
2. Ayam dihiris kepada ketulan besar.
3. Masukkan sedikit minyak masak.
4. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
5. Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
6. Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut kesukaan). 
7. Hidangkan ketika masih panas. 

Info
Bagi masyarakat Melayu,kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang.Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

RESEPI BERPANTANG 25 : IKAN SIAKAP BAKAR 

BAHAN-BAHAN
Seekor ikan siakap 
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk) atau sesudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar sos tiram 
Sedikit garam 
Sedikit serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1. Bersihkan ikan siakap.
2. Perapkan dengan semua bahan selama setengah jam.
3. Panggang sehingga masak.
4. Ikan siakap boleh digantikan dengan ayam atau daging.

RESEPI KETIKA BERPANTANG 26 : AYAM MASAK HALIA

BAHAN-BAHAN
Setengah kg ayam
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 biji bawang besar (dipotong)
2 inci halia (dihiris halus)
500ml air
Sedikit minyak masak untuk menumis 
Sedikit garam 
Sedikit serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1.Bersihkan ayam.
2.Potong ayam kepada beberapa bahagian.
3.Masukkan sedikit minyak masak.
4.Tumis bawang putih,bawang besar dan halia sehingga naik bau.
5.Masukkan sos tiram.
6.Masukkan air dan ayam.Masak sehingga mendidih.
7.Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam,garam secukup rasa.
8.Masakkan sehingga kuah memekat.

RESEPI BERPANTANG 27 : SUP DAGING

BAHAN-BAHAN
Setengah kilo daging batang pinang 
5 ulas bwg putih (diketuk)
3 biji bawang besar (dipotong)
1 batang serai (diketuk)
2 inci halia (dihiris halus)
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
1 sup bunjut
1 kiub pati daging lembu
Air 900ml
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang 
Sedikit minyak masak untuk menumis 
Sedikit garam 
Sedikit serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1.Bersihkan daging.
2.Potong daging kepada beberapa bahagian.
3.Masukkan sedikit minyak masak.
4.Tumis bawang putih,bawang besar,halia,serai dan sup bunjut sehingga naik bau.
5.Masukkan air,daging dan kiub pati daging lembu.Masak sehingga mendidih.
6.Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam,garam secukup rasa.
7.Taburkan sedikit daun sup dan daun bawang.

RESEPI BERPANTANG 28 : DAGING MASAK HALIA

BAHAN-BAHAN
1/2 kg daging batang pinang
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 biji bawang besar (dipotong)
2 inci halia (dihiris halus)
3 sudu besar sos tiram
500ml air
Sedikit minyak masak untuk menumis 
Sedikit garam 
Sedikit serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1.Bersihkan daging.
2.Potong daging kepada beberapa bahagian.
3.Masukkan sedikit minyak masak.
4.Tumis bawang putih,bawang besar dan halia sehingga naik bau.
5.Masukkan sos tiram.
6.Masukkan air dan daging.Masak sehingga 40 minit.
7.Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam,garam secukup rasa.
8.Masakkan sehingga kuah memekat.

RESEPI BERPANTANG 29 : SUP AYAM

BAHAN-BAHAN
1 kg ayam
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 biji bawang besar (dipotong)
1 batang serai (diketuk)
2 inci halia (dihiris halus)
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
1 sup bunjut
1 kiub pati ayam
900ml air
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang 
Sedikit minyak masak untuk menumis 
Sedikit garam 
Sedikit serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN
1.Bersihkan ayam.
2.Potong ayam kepada beberapa bahagian.
3.Masukkan sedikit minyak masak.
4.Tumis bawang putih,bawang besar,halia,serai dan sup bunjut sehingga naik bau.
5.Masukkan air,ayam dan kiub pati ayam.Masak sehingga mendidih.
6.Perlahankan api dan masukkan serbuk lada hitam,garam secukup rasa.
7.Taburkan sedikit daun sup dan daun bawang.
8.Masukkan jus limau nipis mengikut kemasaman yang dikehendaki.

RESEPI BERPANTANG 30 : SAWI TUMIS AIR

BAHAN-BAHAN
Seikat sawi
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit ikan bilis yang sudah dikopek dan dibersihkan
Sedikit minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan kuali dengan api sederhana. 
2. Tumiskan sekejap bawang putih,bawang merah dan ikan bilis.
3. Masukkan air ke dalam kuali.
4. Kemudian letakkan sayur sawi dan serbuk lada hitam.
5. Kacau sebentar dan tutup selama 2 – 3 minit.
6. Tumis sehingga sayur separuh layu.
7. Siap untuk dihidangkan.

RESEPI BERPANTANG 31 : SUP IKAN

BAHAN-BAHAN
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN 1
1. Tumiskan lada hitam,bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam secukup rasa.
5. Taburkan daun sup dan daun bawang.
6. Biar seketika dan tutupkan api.

CARA PENYEDIAAN 2
1. Masukkan air dengan bawang putih,bawang merah dan halia.
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam secukup rasa.
5. Taburkan daun sup dan daun bawang.
6. Biar seketika dan tutupkan api.

RESEPI BERPANTANG 32 : STEAM IKAN

BAHAN-BAHAN
Ikan
2 halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan halia yang dihiris dengan jumlah yang agak banyak,tomato yang dipotong,daun sup dan sedikit garam di atas ikan.
2. Steam sampai ikan masak.

RESEPI BERPANTANG 33 : SINGGANG IKAN

BAHAN-BAHAN
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Rebuskan air bersama bawang merah,lengkuas,serai,asam keping dan sedikit garam.
2. Bila sudah mendidih,baru masukkan ikan.
3. Siap untuk dimakan apabila ikan sudah masak.

RESEPI BERPANTANG 34 : IKAN GELAMA MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
1 ketul halia (dihiris)
1 biji cili merah (dihiris)
1 mangkuk air asam

CARA PENYEDIAAN
1. Gorengkan ikan yang telah disapu garam dan kunyit.Ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,halia dan cili merah.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.

RESEPI BERPANTANG 35 : IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

BAHAN-BAHAN
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Didihkan santan,air dan bahan tumbuk di atas dengan api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam.Gaul sekata.

RESEPI BERPANTANG 36 : IKAN BILIS BERKUNYIT

BAHAN-BAHAN
50 gm ikan bilis (digoreng)
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya

CARA PENYEDIAAN
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.

RESEPI BERPANTANG 37 : IKAN BILIS DAUN KARI

BAHAN-BAHAN
50 gm ikan bilis (digoreng)
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
Minyak masak

CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan sedikit minyak,tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan pula daun kari dan ikan bilis.
3. Goreng seketika dan angkat.

RESEPI BERPANTANG 38 : IKAN PANGGANG BERKARI

BAHAN-BAHAN
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Daun pisang
Garam (secukup rasa)

CARA PENYEDIAAN
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam.
2. Lumurkan di atas ikan dan balutkan dengan daun pisang.
3. Panggang boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.

RESEPI BERPANTANG 39 : IKAN BAWAL KUKUS HALIA

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia (potong nipis)
1 inci kunyit (potong nipis)
3 ulas bawang putih (potong nipis)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk
1 batang lobak
Beberapa bunga kubis
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Lumurkan ikan dengan kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dalam bekas dan boleh alas dengan daun pisang/aluminium foil.
4. Siram baki perapan kicap atas ikan.
5. Tabur bahan yang dipotong atas ikan.Susun lobak dan bunga kubis di sekeliling ikan.
6. Kukus dalam anggaran 10-12 minit atau sehingga masak.

RESEPI BERPANTANG 40 : IKAN HARUAN BERLADA

BAHAN-BAHAN
2 ekor ikan haruan potong 4,buangkan kulit dan ambil isinya sahaja
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih,sedikit halia (kisar halus)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar (potong bulat)
1 biji cili merah dan hijau (dihiris)
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.Goreng sederhana garing dan ketepikan.
2. Tumiskan halia dan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan jintan manis
4. Masukkan pati asam jawa dan gula.Biarkan mendidih.
5. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.
6. Kemudian masuk ikan dan biar kuah pecah minyak.
7. Apabila ikan masak,perlahankan api dan masukkan bawang besar dan cili.
8. Siap untuk dihidang.

RESEPI MINUMAN IBU BERPANTANG 1 : AIR SUSU ALMOND

BAHAN-BAHAN 
1 gelas susu segar
1 biji kurma
21 biji kismis
7 biji badam 

CARA PENYEDIAAN
1. Kisar semuanya dan minum setiap pagi. 
2. Bagus untuk membantu membanyakkan air susu ibu.

RESEPI MINUMAN IBU BERPANTANG 2 : PATI AIR HALIA

BAHAN-BAHAN
2.5 liter air
Halia besar tapak tangan
Gula kabung
2 biji bunga cengkih
Sehelai daun pandan

CARA PENYEDIAAN
1. Rebus semua bahan sehingga menjadi 1 liter air sahaja supaya menjadi pati.
2. Tuang sedikit pati dan campurkan dengan air untuk diminum.

RESEPI MINUMAN IBU BERPANTANG 3 : AIR KUNYIT 

(MINUM UNTUK 3 HARI SAHAJA)

BAHAN-BAHAN
Sedikit kunyit hidup
Perahan air asam jawa
Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN
1. Kunyit hidup diparut ambil airnya dan direbus sampai mendidih.
2. Masukkan perahan air asam jawa dan gula.

RESEPI MINUMAN IBU BERPANTANG 4 : PATI HALIA KURMA

BAHAN-BAHAN
200gm halia
20 biji kurma
750ml air

CARA PENYEDIAAN
1. Kisar semua bahan dan didihkan kemudian perlahankan api sehingga menjadi pati.
2. Tapis kemudian boleh dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.

RESEPI MINUMAN IBU BERPANTANG 5 : AIR  MANJAKANI

BAHAN-BAHAN
5 biji buah manjakani
500ml air
2 cm halia
2 cm kunyit
2 keping asam keping

CARA PENYEDIAAN
1.Didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 15 minit. 
2. Tapis kemudian boleh dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.

RESEPI MINUMAN IBU BERPANTANG 6 : AIR PEGAGA

BAHAN-BAHAN
2 ikat pegaga
5 cawan air

CARA PENYEDIAAN
1. Rebus semua bahan sehingga menjadi 3 cawan air.
2. Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam

RESEPI MINUMAN IBU BERPANTANG 7 : JUS HALIA KURMA

BAHAN-BAHAN
200gm halia
20 biji buah kurma
750ml air masak

CARA PENYEDIAAN
1. Tumbuk halia hingga lumat
2. Belah 2 biji kurma dan buangkan bijinya
3. Jerang halia,kurma dan air dalam periuk
4. Renehkan selama 3 jam
5. Bila mendidih,perlahankan api
6. Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam

RESEPI MINUMAN IBU BERPANTANG 8: REBUSAN MANJAKANI

BAHAN-BAHAN
500 ml air
30gm halia muda (di hiris)
20gm kunyit tua (di hiris)
5 biji buah manjakani
2 keping asam keping

CARA PENYEDIAAN
1. Satukan semua bahan ke dalam periuk
2. Jerang di atas api sederhana hingga mendidih
3. Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit
4. Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam

This Is The Oldest Page


EmoticonEmoticon