Thursday 24 November 2016

RESEPI ROTI CANAI LEMBUT DAN RANGUP


Bahan-bahan
  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air
  • *1 egg-50gm
  • *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
  • *1 tsp garam-6gm
  • *1 tsp butter/margerin-15gm
  • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Cara-cara
  • masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  • masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  • uli hingga jadi doh
  • rehatkan doh selama 10min
  • uli lagi selama 5min
  • **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  • advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
  • bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
  • jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day

*tips:
  • terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
  • lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.

10 comments

mula2 uli dgn air ke minyak masak dahulu?

mula2 uli dgn air ke minyak masak dahulu?

Uli tepung ngan air je.. sampai jadi doh.. minyak tu buat menebar roti je

Nak buat roti canai tak perlu letak Yis.

Nak buat roti canai tak perlu letak Yis.

1tsp garam--6g...but 1tsp butter--15g?betul ke atau..Tbs=15g?


EmoticonEmoticon